Dalil Ijmak Ulama membaca al-Quran dengan tajwid

Dalil Ijmak Ulama membaca al-Quran dengan tajwid

Dalil Ijmak Ulama membaca al-Quran dengan tajwid

Dalil Ijmak Ulama membaca al-Quran dengan tajwid
Dalil Ijmak Ulama membaca al-Quran dengan tajwid

Dalil daripada Ijmak Ulama

Telah sepakat para ulama sepanjang zaman dari zaman Rasulullah s.a.w. sehingga sekarang dalam menyatakanbahawa membaca al-Quran secara bertajwid adalah suatu yang fardu dan wajib. Pengarang kitab Nihayah menyatakan:- “Sesungguhnya telah sepakat semua imam dari kalangan ulama yang dipercayai bahawa Tajwid adalah suatu yang wajib sejak zaman Nabi s.a.w. lagi sehinggalah sekarang dan tiada seorang pun yang mempertikaikan kewajipan ini”.

Mazhab Imam As-Syafie

Menurut Mazhab Imam As-Syafie, bahawa memelihara pembacaan kitab Allah Taala iaitu membaca secara bertajwid yang mu’tabar di sisi ahli Qiraat adalah suatu yang wajib, tiada keraguan lagi, sedangkan bacaan selain itu adalah berdosa dan karut (Abdullah al-Qari bin Haji Solleh, 1994).

Pernyataan Imam Ibnu Jazari

Imam Ibnu Jazari pula menyatakan dalam kitab puisinya (Muqaddimah) telah berkata:-

والاخذ بالتجويد ختم لازم

من لم يجود القرءان ءاثم

لأنه به الاله أنزلا

وهكذا منه الينا وصلا

وهو أيضا حلية التلاوة

وزينة الأداء والقراءة

Artinya:

Mengamalkan tajwid itu suatu kewajipan

Kerana berdosa tidak mengelokkan bacaan

Kerana Quran itu turunnya dari Tuhan

Dan begitulah kepada kita sampainya bacaan

Tajwid juga perhiasan bacaan

Dan hiasan sebutan dan bacaan

Sheikh Qurra’ Mesir, As-Sheikh Muhammad bin Ali bin Khalaf al-Husaini dalam kitabnya ” القول السديد ” (Menulis Menurut Hukum), bahawa membaca al-Quran secara bertajwid itu adalah wajib dan diberi pahala bagi pembacanya, manakala membaca al-Quran tanpa tajwid (secara bacaan yang salah) adalah berdosa. Mempelajari ilmu tajwid adalah fardu ‘ain bagi orang-orang yang hendak membaca al-Quran, kerana al-Quran itu adalah diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w. secara bertajwid (bacaan yang elok) dan ia juga telah sampai kepada kita secara mutawatir (Abdullah al-Qari bin Haji Solleh, 1994).

Keutamaan Membaca Al-Quran Dengan Tajwid

Dalil-dalil di atas jelas menunjukkan keutamaan membaca al-Quran dengan tajwid yang betul sebagaimana ia diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w.. Oleh yang demikian, membaca al-Quran dengan tajwid yang betul adalah fardu ‘ain bagi setiap umat Islam sama ada lelaki atau pun perempuan yang mukallaf, maka hukum mempelajari ilmu tajwid yang pada asalnya adalah sunat telah menjadi wajib kerana tuntutan tersebut. Oleh kerana mengamalkan ilmu tajwid adalah satu kewajipan, maka dapatlah disimpulkan bahawa mempelajarinya juga merupakan satu kewajipan demi menyempurnakan tuntutan Allah Taala.

Baca Juga: