Dalil Daripada As-Sunnah Tentang Wajib Membaca Al-Quran Dengan Bertajwid

Dalil Daripada As-Sunnah Tentang Wajib Membaca Al-Quran Dengan Bertajwid

Dalil Daripada As-Sunnah Tentang Wajib Membaca Al-Quran Dengan Bertajwid

Dalil Daripada As-Sunnah Tentang Wajib Membaca Al-Quran Dengan Bertajwid
Dalil Daripada As-Sunnah Tentang Wajib Membaca Al-Quran Dengan Bertajwid

Dalil as-Sunnah

Dalil as-Sunnah tentang wajib membaca al-Quran dengan bertajwid pula sebagaimana hadith yang diriwayatkan daripada Ummu Salamah r.a. (isteri Nabi s.a.w.) apabila ditanya bagaimanakah bacaan Rasulullah s.a.w. dan solat baginda, maka beliau menjawab:

فقالت ما لكم وصلاته كان يصلي ثم ينام قدر ما صلي ثم يصلي قدر ما نام ثم ينام قدر ما صلي حتى يصبح ثم نعتت قراءته فاءذا هي تنعت قراءة مفسرة حرفا حرفا

Maksudnya:  “Ketahuilah kamu semua, adalah baginda s.a.w. solatkemudian tidur dengan kadar baginda solat tadi, kemudian baginda solat semula dengan kadar tidur tadi hingga menjelang subuh, kemudian (Ummu Salamah) menunjukkan cara bacaan Rasulullah s.a.w., maka beliau menunjukkan(satu) bacaan yang menjelaskan (sebutan) huruf-hurufnyasatu persatu”. (Hadith Jamik At-Tarmizi)

Membaca al-Quran Dengan Baik

Zaid bin Thabit telah menyebutkan sabda Nabi s.a.w. yang berbunyi :-

“ان الله تعالي يحب أن يقرأ القرءان غضا كما أنزل”

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah Taala menyukai seseorang hambanya membaca al-Quran secara tepat sebagaimana ia diturunkan”

فانه سيجي قوم بعد يرجعون القرءان ترجيع الغناء والرهبانية والنوح لا يجاوز حناجرهم مفتونة وقلوب من يعجبهم

Maksudnya: Sesungguhnya akan datang beberapa golongan sesudah aku, orang-orang yang membaca al-Quran seperti cara orang bernyanyi, cara orang ahli kitab dan cara seperti orang meratap, yakni keluarnya huruf-huruf yang melalui kerongkong mereka tidak sesuai dengan makhraj al-huruf, semata-mata tujuannya mempersona dan menakjubkan orang sahaja.

Lagu-lagu Fasik

Lagu fasik ialah lagu yang bukan berasal dari lagu arab yang diatur not kaedah muzik yang boleh merosakkan bunyi makhraj dan sifat huruf. Adapun lagu nyanyian ahli kitab iaitu lagu yang dilakukan seperti orang yang putus asa atau merintih ditimpa bencana dapat melalaikan sebutan huruf.

Sumber: https://www.dutadakwah.co.id/tata-cara-sholat-tahajud-niat-doa-dan-keutamaan-lengkap/